Syria

Syria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Peta Syria

Peta Syria

Syria (Bahasa Arab: سوريا‎ Sūriyā atau سورية Sūriyah), secara rasminya Republik Arab Syria (Arabic:الجمهورية العربية السورية) ialah sebuah negara di Asia Barat Daya yang bersempadan dengan Laut Mediterranean dan Lubnan di barat, Israel di barat daya, Jordan di selatan, Iraq di timur dan Turki di utara. Negara Syria moden ialah bekas mandat Perancis yang mencapai kemerdekaan pada tahun 1946, tetapi sejarahnya bermula seawal alaf ke-4 SM. Ibu negaranya Damsyik pernah dijadikan pusat pentadbiran Empayar Umayyad dan sebuah ibu wilayah Empayar Mamluk.

Syria mempunyai seramai 19.3 juta orang penduduk, kebanyakannya penganut agama Islam Sunah berbahasa Arab iaitu 74% daripada seluruh populasi. Golongan Muslim lain termasuk mazhab Alawit pada 11%, Druze dan mazhab Islam lain pada 5%. Terdapat juga pelbagai mazhab Kristian yang membentuk 10% daripada seluruh populasi. Sejak tahun 1963 negara ini ditadbir oleh Parti Baath; sejak 1970, ketua negeri sentiasa merupakan ahli keluarga Assad. Presiden Syria masa kini ialah Bashar al-Assad, anak kepada Hafez al-Assad yang memegang jawatan dari tahun 1970 sehinggalah meninggal dunia pada tahun 2000. Mengikut sejarah, Syria pernah juga menakluki wilayah Lubnan, Israel, Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan bahagian-bahagian Jordan, tetapi terkecuali rantau Jazira di timur laut kawasan Syria moden. Dalam erti kata sejarah, kawasan ini dikenali sebagai Syria Besar atau nama Arabnya Bilad al-Sham (بلاد الشام). Kerajaan Syria telah melepaskan tuntutannya terhadap rantau İskenderun, yang sekarang merupakan sebahagian wilayah Hatay di Turki. Kawasan ini pernah dijadikan sebahagian Syria, tetapi pihak Damsyik bersetuju untuk mengiktiraf kedaulatan Turki sebagai sebahagian perjanjian damai dalam sedekad yang lalu. Ketika perang Enam Hari tahun 1967, Israel menawan Tanah Tinggi Golan daripada Syria.

Nama Syria berasal daripada nama Greek kuno “Syrians”, yang dipakai oleh orang Greek untuk menggelar orang Assyria. nama itu mungkin merupakan berasal daripada Assyria, yang berasal pula daripada Aššur dalam bahasa Akkadia.

Bandar Aleppo Syria

Bandar Aleppo Syria

Bangunan Hotel di bandar Damascus Syiria

Bangunan Hotel di bandar Damascus (Damsyik) Syria

Pawagam di bandar Aleppo Syria

Pawagam di bandar Aleppo  Syria

Pasar Ramadhan di Syria

Pasar Ramadhan di Syria

Kedai runcit di Syria

Kedai runcit di Syria

Budaya Syria

tarian tradisional Syria

Wanita Syria

Wanita Syria

Kelas agama di Syria

Kelas agama di rumah

Fattoush, makanan Syria

Fattoush, makanan Syria

Nasi dan daging ayam Belanda

Nasi dan daging ayam Belanda

Ladang buah Zaitun

Ladang buah Zaitun


PERANG SAUDARA DI SYRIA

Perang saudara Syria

Pemberontakan Syria atau perang saudara Syria merupakan konflik dalaman yang masih berterusan, yang berlaku di Syria sejak awal 2011. Bantahan bermula pada 26 Januari 2011, dan meningkat kepada tahap kebangkitan pada 15 Mac 2011. Kebangkitan ini dipengaruhi oleh bantahan serentak di rantau Timur Tengah yang “belum pernah terjadi sebelumnya.” Para pembantah mendesak Presiden Bashar al-Assad berundur, parti memerintah Parti Ba’ath membenarkan parti politik lain, hak sama rata untuk orang Kurdi dan kebebasan politik meluas, seperti kebebasan akhbar, bersuara dan berhimpun.

Seperti juga gerakan revolusi di Tunisia dan Mesir, para pembantah melakukan perarakan, mogok lapar, vandalisme terhadap harta kerajaan dan kedai-kedai. Beberapa kumpulan Islam di Utara Syria telah mengambil kesempatan ini dengan melancarkan serangan terhadap kerajaan.

Kerajaan Syria menggunakan kereta kebal dan penembak tepat dari atas bangunan untuk memaksa penunjuk perasaan berundur. Beberapa bandar telah dikepung, dan askar diarah menembak pembantah dan orang awam. Pembantah dan pembelot tentera mula membentuk unit perang, dan bersatu di bawah panji Tentera Pembebasan Syria, bertempur dalam gaya yang semakin tersusun. Kerajaan Syria menyifatkan pemberontak ini sebagai “kumpulan pengganas bersenjata”.

Mengikut pelbagai sumber, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, sehingga 17,925–25,170 orang telah terbunuh, separuh daripadanya merupakan orang awam, namun termasuk 9,305–9,750 penempur bersenjata kedua pihak dan sehingga 1,700 pembantah pembangkang. Bagi melarikan dari daripada keganasan, ribuan pelarian telah melarikan diri melewati sempadan ke Iraq, Jordan, Lubnan dan Turki. Selain itu, puluhan ribuan pembantah ditahan, dan terdapat laporan seksaan dalam penjara. Pertubuhan antarabangsa juga telah menuduh kerajaan dan Shabiha menggunakan orang awam sebagai perisai manusia.

Ramai pihak yang telah memberi reaksi terhadap kebangkitan ini. Liga Arab, Kesatuan Eropah, Setiausaha Agung PBB, Pertubuhan Kerjasama Islam, Majlis Kerjasama Teluk, Arab Saudi, Turki dan Amerika Syarikat antara lain mengutuk penggunaan kekerasan terhadap pembantah. Bagaimanapun, campur tangan ketenteraan secara umumnya bukan pilihan bagi kuasa-kuasa asing ini. Pada November 2011, Liga Arab menggantung keanggotaan Syria dalam pertubuhan itu, lalu menghantar misi pemerhati pada Disember, sebagai sebahagian daripada cadangan penyelesaian aman krisis ini. PBB juga dengan kerjasama Liga Arab melantik Kofi Annan sebagai utusan khas dalam usaha menyelesaikan konflik ini.

Pada 15 Julai 2012, Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) menilai konflik Syria ini sebagai “konflik bersenjata bukan-antarabangsa” (istilah perundangan ICRC bagi perang saudara), dengan itu menjadikan undang-undang kemanusiaan antarabangsa terpakai di Syria selaras dengan Konvensyen Geneva.

Latar belakang

Syria melaksanakan Undang-undang Darurat 1963-2011 dan Perlembagaan digantung. Keadaan ini sama semasa Syria berperang dengan Israel . Sejak 1963, kejatuhan Baath , Syria telah dikawal oleh pihak sekular Parti Ba’ath. Sejak itu, rakyat Syria melantik Presiden melalui referendum dan tidak lagi mengadakan pilihan raya pelbagai parti.Walaupun berlaku Rampasan kuasa 1966 dan Revolusi 1970 Syria , Parti Ba’ath kekal berkuasa.

Selepas Revolusi Syria 1970, Presiden Syria Hafez al- Assad memimpin Syria 30 tahun, telah mengharamkan pihak lawan politik dan mana-mana calon pembangkang dalam pilihan raya. Pada 1982 pemberontakan Islam berlaku. Hafez al-Assad telah menjalankan dasar bumi hangus terhadap bandar Hama untuk memadamkan pemberontakan oleh masyarakat Muslim Sunni , termasuk Ikhwan Muslimun dan lain-lain. Berpuluh-puluh ribu orang terbunuh dalam pembunuhan beramai-ramai di Hama .

Isu siapa penggantian Hafez al-Assad mendorong kepada peristiwa Latakia 1999 apabila protes ganas dan pertempuran bersenjata meletus selepas Pilihan Raya 1998 . Pertelingkahan berlaku antara Hafez al-Assad dengan muda saudaranya Rifaat . Dua orang telah dibunuh di Latakia.Bantahan ini menyebabkan beratus-ratus orang mati dan cedera, namun kerajaan menafikan. Hafez al-Assad meninggal dunia setahun kemudian akibat masalah paru -paru. Beliau telah digantikan oleh anaknya Bashar al-Assad dilantik selepas pindaan perlembagaan iaitu mengurangkan syarat umur Presiden dari 40 kepada umur 34.

Presiden Bashar mempunyai seorang isteri yang lahir di Britain diharap dapat melaksamakan reformasi dan mengurangkan perdebatan politik dari Julai 2000 hingga Ogos 2001.Aktivis politik, seperti, Riad Seif , Haitham al-Maleh , Kamal al-Labwani , Riyad al-Turki , dan Aref Dalila telah menggerakkan gerakan dan forum. Forum oleh Riad Seif dan forum oleh Jamal al-Atassi Forum . Spring Damsyik berakhir pada bulan Ogos 2001 dengan penangkapan dan 10 aktivis terkemuka dipenjarakan kerana mendesak mengadakan pilihan raya yang lebih demokratik dan kempen keingkaran awam.

Pada Oktober 2005,aktivis dan pembangkang Michel Kilo melancarkan Deklarasi Damsyik yang mengkritik kerajaan Syria sebagai “autoritarian, totalitarian dan klik-klikan” dan menyeru kepada reformasi demokratik.

Rusuhan Kurdish-Arab telah mendorong ketegangan di kawasan-kawasan Kurd di Syria sejak 2004.Rusuhan Al-Qamishli berlaku di Al- Qamishli . Dalam perlawanan bola sepak yang kacau-bilau, bendera Kurdish dikibarkan dan perlawanan bola sepak bertukar menjadi konflik politik. Sebagai tindak balas, berlaku pertempuran antara polis Syria dengan kumpulan Kurdis dan Arab menyebabkan 30 orang terbunuh.

Keluarga al- Assad merupakan kumpulan minoriti , tradisional miskin dan dari mazhab Alawite.Alawite merupakan cabang firkah Syiah dengan anggaran 6-12 penduduk Syria .Mereka menguasai perkhidmatan keselamatan Syria dan menjana kebencian di kalangan umat Islam Sunni yang membentuk 70 penduduk Syria . Minoriti Kurd juga membuat bantahan. Tetapi Presiden Bashar mendakwa Syria kebal dari apa yang berlaku di Mesir. Bouthaina Shaaban selaku penasihat presiden dipersalahkan oleh ulama Sunni dan menghasut pemberontakan Sunni. Sheikh Youssef al -Qaradawi di Qatar dalam satu khutbah di Doha pada 25 Mac 2011 menyeru rakyat memberontak. Menurut The New York Times, kerajaan Syria mengerah puak Alawite yang menguasai unit perkhidmatan keselamatan untuk melawan pemberontakan . Adiknya Maher al-Assad dan Assef Shawkat menjadi panglima tentera.

Garis masa

Gerakan protes di Syria pada mulanya sederhana, dan mengambil masa untuk mendapatkan momentum. Peristiwa bermula pada 26 Januari 2011, apabila Hasan Ali Akleh dari Al-Hasakah mencurahkan petrol ke atas dirinya sebagaimana rakyat Tunisia Mohamed Bouazizi membakar diri Tunis pada 17 Disember 2010. Tindakan itu sebagai “bantahan terhadap kerajaan Syria . Pada 28 Januari 2011, demonstrasi diadakan di Ar-Raqqah membantah pembunuhan dua tentera keturunan Kurdish.Pada 3 Februari seruan “Hari-Rage” pada 4 Februari hingga 5 Februari dalam laman Facebook dan Twitter . Penunjuk perasaan menuntut reformasi kerajaan, tetapi kebanyakan protes yang berlaku di luar Syria dan secara dan kecil-kecilan.Ratusan berarak di Hasaka, tetapi pasukan keselamatan Syria menyuraikan bantahan dan menahan berpuluh-puluh penunjuk perasaan. Al Jazeera melaporkan sebagai gerakan senyap dan menyimpulkan bahawa protes tidak itu berjaya kerana populariti Presiden Bashar al-Assad . Mereka juga bimbang apa yang berlaku di Iraq . Protes pada akhir Februari di Kedutaan Libya di Damsyik menunjukkan protes terhadap kerajaan Kolonel Muammar al-Gaddafi.

Pada 6 Mac 2011, TIME melaporkan Ribal al -Assad menyatakan teori domino berkembang di Spring Arab. Malah, pada 15 Mac, pergerakan bantahan mula memuncak, demonstrasi serentak berlaku di bandar-bandar utama di seluruh Syria. Kota Daraa menjadi tumpuan utama bagi kebangkitan. Lebih 100,000 orang berarak di Daraa pada 25 Mac, tetapi sekurang-kurangnya 20 penunjuk perasaan dilaporkan terbunuh. Protes juga merebak ke bandar-bandar lain Syria, termasuk Homs , Hama , Baniyas , Jassem , Damsyik dan Latakia . Lebih 70 penunjuk perasaan terbunuh.K erajaan bersedia membuat konsesi dengan penunjuk perasaan, apabila al-Assad mengumumkan pembebasan seramai 200 tahanan politik. Seorang penasihat Assad berkata undang-undang darurat akan ditarik balik, .Assad menerima perletakan jawatan Perdana Menteri Syria , Muhammad Naji al- Otari .Namun Assad menafikan undang-undang darurat akan ditarik balik pada akhir bulan Mac .

Pada bulan April, kebangkitan menjadi lebih luas dan lebih ganas. Penunjuk perasaan ditembak pada pada 1 April, membawa kepada sekurang-kurangnya 10 kematian. Berpuluh-puluh ribu penunjuk perasaan dihalang daripada memasuki bandar Damsyik dari Douma pada 15 April. Bandar-bandar lain turut menyaksikan kebangkitan seperti di Daraa , Baniyas , Al-Qamishli , dan Homs. Kereta kebal dan askar memasuki Daraa dan Douma. Sempadan dengan Jordan juga ditutup . Seorang aktivis melaporkan bahawa 18 orang terbunuh di Daraa. Al Jazeera melaporkan beberapa tentera ditembak oleh mereka sendiri selepas menolak perintah menembak penunjuk perasaan. Pada 29 April, lebih daripada 60 penunjuk perasaan terbunuh dalam demonstrasi di seluruh Syria. Amerika Syarikat bertindak balas dengan sekatan keras terhadap kerajaan Syria .

Baniyas dikepung pada awal bulan Mei, dan dibahagikan kepada zon kawalan de facto, dengan penunjuk perasaan yang sebahagian besarnya mengawal selatan dan pasukan keselamatan menguasai utara. Demonstrasi menyebabkan 20 kematian pada 6 Mei.Kerajaan mendakwa 11 askar ditembak oleh “kumpulan-kumpulan bersenjata” pada hari yang sama. Pada 17 Mei dilaporkan pelarian Sunni mendakwa berpakaian seragam “Shabiha” Alawite membunuh Sunni di bandar Tel Kalakh di sempadan Lubnan. Remaja 13 tahun, Hamza Ali Al -Khateeb ,tiga luka tembakan pistol dan tanda-tanda di dera, kemaluan putus dan lebam-lebam. Puncanya kerana dia menyertai keluarganya dalam perhimpunan untuk memecahkan pengepungan bandar Daraa. Beliau telah ditahan di kalangan beratus-ratus penduduk Syria semasa pembunuhan beramai-ramai Siada, di mana rakyat Daraa ditembak oleh pasukan keselamatan Syria. Aktivis pembangkang mendakwa beliau telah diseksa dan kemudian ditembak mati. Tapi Dr Akram El-Shaar menafikan bahawa Hamzah telah diseksa dan menyatakan bahawa tiada tanda penyeksaan dan hanya pereputan necrotic .

Bekalan air dan elektrik telah ditutup di bandar Daraa. Pasukan keselamatan mula merampas tepung dan makanan. Keadaan yang serupa di Homs. Tentera Syria memasuki bandar Baniyas, Hama, Talkalakh, Latakia, Al-Midan dan Duma di Damsyik, dan beberapa bandar lain. Lebih 2,300 penunjuk perasaan telah dibunuh, cedera dan beribu-ribu ditahan. Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ban Ki-moon mengutuk penggunaan kereta kebal terhadap penunjuk perasaan sebagai “tidak boleh diterima”.

Pada 5 Jun, kerajaan Syria menyatakan 20 penunjuk perasaan Syria ditembak mati di Dataran Tinggi Golan oleh tentera Israel ketika melalui garisan gencatan senjata semasa Hari Naksa. Israel menuduh Syria untuk mengalihkan perhatian daripada pergolakan Syria dengan membenarkan penunjuk perasaan untuk sampai kepada Heights.

Pada 6 Jun, dikatakan, tembakan rawak daripada helikopter membunuh 10 orang di Jisr ash- Shugur. Dua hari kemudian, tentera Syria melancarkan tindakan keras di Jisr al Shughour sebagai membalas dendam dan membunuh 120 anggota polis. Penduduk tempatan mendakwa askar yang enggan berperang ditembak. Pada 10 Jun, tentera Syria telah memulakan operasi di Jisr ash – Shugur. Ramai aktivis, orang awam yang melarikan diri, dan tentera yang berpaling tadah. Namun Reem Haddad jurucakap Kementerian Penerangan Syria, menafikan laporan pembelotan itu.

Pada 10 Jun juga, helikopter Tentera Udara Syria melepaskan tembakan mesingan ke dalam protes di Ma’arat al – Numan. Tetapi tiada kematian dilaporkan dalam serangan helikopter itu. Tentera darat Syria juga diserang oleh penunjuk perasaan. Seramai 32 orang terbunuh. Dalam minggu yang sama, beberapa orang askar di barat laut enggan menembak penunjuk perasaan, dan pertempuran yang meletus antara angkatan yg suka memberontak dan setia.

Pada 12 Jun, wartawan di Daraa melaporkan bahawa tentera Syria menyekat jalan ke luar bandar dan menghalang bekalan makanan melaluinya. Akibatnya, penduduk Daraa berhadapan dengan kebuluran. Lima ribu penduduk di sana berkumpul di stadium tempatan, yang kini digunakan sebagai pusat tahanan. Pada bulan Julai, New York Times telah melawat Hama, dan melaporkan bahawa penduduk di sana penyokong setia Assad. Pada 31 Julai, tentera Syria memasuki bandar dan mula membunuh penunjuk perasaan pada kadar tertinggi lagi.

Pada 20 Jun 2011,al-Assad menjanjikan “dialog nasional” ke arah reformasi, pilihan raya parlimen dan kebebasan yang lebih besar. Beliau juga menggesa semua pelarian pulang ke rumah dari Turki, dan memberi jaminan pengampunan dan menyalahkan “saboteurs”

Pada 11 Julai 2011, penunjuk perasaan pro-kerajaan menyerang kedutaan Amerika Syarikat dan Perancis di Damsyik kerana membantah sokongan kepada pembangkang.Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton mengutuk serangan itu dan rejim Presiden Assad.

Bantahan yang berterusan sepanjang bulan Julai dan kerajaan berulang kali menembak penunjuk perasaan dengan kereta kebal dan menjalankan tangkapan. Pada 31 Julai, Pembunuhan Ramadan berlaku, di mana sekurang-kurangnya 136 orang terbunuh dan beratus-ratus cedera apabila tentera Syria menyerang penunjuk perasaan di seluruh negara dengan menggunakan kereta kebal, meriam, dan penembak tepat. Kebanyakan kematian berlaku di Hama . Banduan politik juga mengadakan pemberontakan di dalam penjara. Media melaporkan bahawa lapan anggota polis telah dibunuh oleh penunjuk perasaan.

Tentera Syria terus membedil Hama pada hari berikut, bersama-sama dengan serangan di bandar-bandar dan bandar-bandar dan lain-lain. Pada 1 Ogos, sekurang-kurangnya 24 orang awam terbunuh di seluruh Syria. Pada 5 Ogos, keadaan di Hama semakin teruk, dengan bekalan makanan dicatu, bekalan perubatan kurang ,komunikasi dan bekalan elektrik terputus. Pemastautin mendakwa penduduk “disembelih seperti biri-biri” di atas jalan-jalan, dan keluarga menanam mati mereka di halaman rumah dan tepi jalan kerana bimbang risiko di tembak di pertengahan jalan ke tanah perkuburan.Ramai orang mati itu dikebumikan di taman-taman. Pada 5 Ogos, angka kematian berjumlah sehingga ke 250.

Shabbiha

Shabbiha ialah kumpulan yang terlibat dalam penyeludupan semasa pendudukan Syria Lubnan. Mereka menggunakan kereta hantu tanpa plat. Mereka menyeludup kereta dari Lebanon ke Syria. Shabbiha telah muncul kembali semasa kebangkitan dan pada bulan Jun telah digunakan oleh kerajaan Syria untuk menjalankan kempen hangus bumi , membakar tanaman, menggeledah rumah-rumah dan menembak secara rawak “.Pada April, Wissam Tarif, pengarah kumpulan hak asasi manusia menyatakan Shabbiha beroperasi di Homs.

Rakyat Syria bangun memberontak

Rakyat Syria bangun memberontak

Tentera yang menyebelahi Presiden Basir al Asad

Tentera Presiden Bashar al Assad

Poster Baser Al-Asad

Poster Bashar Al-Assad

Tentera pemberontak

Rakyat bangun memberontak

Kemusnahan rumah kediaman rakyat

Kemusnahan rumah kediaman rakyat

Mangsa perang saudara di Syria

Mangsa perang saudara di Syria

Parit digali untuk menguburkan mangsa perang saudara

Parit digali untuk menguburkan mangsa perang saudara

Rakyat menyelamatkan diri ke negara-negara jiran

Rakyat menyelamatkan diri ke negara-negara jiran

Nota: Maklumat di atas dipetik dari Wikipedia Ensiklopedia bebas. Gambar-gambar diambil dari internet untuk menjelaskan keadaan sebenar.

Hingga kini telah 16 bulan Syria di landa perang saudara! Tidak tahu bila akan berakhir peperangan ini yang telah memakan korban yang besar. Yang pasti adalah “menang jadi arang, kalah jadi abu”…dan yang mati adalah sesama saudara Islam.

 

Categories: Uncategorized | Tinggalkan komen

Navigasi kiriman

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: