Kota Petra Jordan

{11} قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ ثُمَّ انْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ

Ertinya: “Katakanlah (wahai Muhammad): Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul) itu.” (Surah Al-An’am: ayat 11)

KOTA PETRA JORDAN

Petra (Greek “πέτρα” (petra), bermaksud batu; Arab: البتراء, Al-Batrāʾ) adalah sebuah kota bersejarah dan arkaeologi yang terletak dalam kawasan pemerintahan Jordan di Ma’an. Petra merupakan satu hasil senibina pemotongan batu dan sistem pembuluh air. Ia telah dibina kira-kira pada kurun ke-6 sebagai ibu kota bagi Nabatea, ia merupakan satu simbol bagi Jordan selain menjadi tarikan pelancong yang paling banyak dilawati. Petra terletak di cerun Gunung Hor dalam lembangan antara pergunungan yang mana membentuk sisi timur Arabah (Wadi Araba), lembah besar yang merentang dari Laut Mati ke Teluk Aqaba. Petra telah dipilih sebagai Tujuh Keajaiban Baru Dunia pada tahun 2007 dan Tapak Warisan Dunia sejak tahun 1985. Petra juga dipilih oleh BBC sebagai satu daripada “40 tempat yang anda mesti lihat sebelum mati“.

Tapak ini tidak diketahui oleh Dunia Barat sehingga tahun 1812, apabila ia diperkenalkan oleh seorang penjelajah Switzerland Johann Ludwig Burckhardt. Ia diperincikan sebagai “a rose-red city half as old as time” oleh seorang pemenang soneta Hadiah Newdigate iaitu John William Burgon. UNESCO memperincikan ia sebagai “satu harta budaya paling berharga dari warisan kebudayaan manusia.”

Petra Jordan

Petra Jordan

Perkuburan di Petra Jordan

Perkuburan di Petra Jordan

Laluan sempit di Petra Jordan

Laluan sempit di Petra Jordan

Categories: Uncategorized | Tinggalkan komen

Navigasi kiriman

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: